Untuk Bahasa Inggris, sila klik/ To switch to English language, kindly click:
Apakah anda berisiko?
Pakej Saringan Kanser ProAktif
Memiliki kesihatan yang optimum di dalam menjalani kehidupan seharian menjadi idaman kepada setiap insan. Kami, Hospital Pakar Kanser Mount Miriam sangat berprihatin bahawa pentingnya keperluan untuk melakukan saringan kesihatan kanser yang sangat menyeluruh, mudah serta harga yang mampu untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Pakej Kesihatan Saringan Kanser:
Pakej Saringan Kanser ProAktif
Untuk Lelaki
Harga: RM692
- Prakonsultasi
- Pemeriksaan Gejala Penting
- Ultrasound bagi Abdomen (atas)
- Ultrasound Abdomen dan Pelvis
- Sinar X-ray Bahagian Dada
- Ujian Makmal (Lelaki)*
- Pasca Konsultasi oleh Pakar Onkologi
Pakej Saringan Kanser ProAktif
Untuk Wanita
Harga: RM692
- Prakonsultasi
- Pemeriksaan Gejala Penting
- Mamogram bagi kedua-dua Payudara (>40 tahun)
- Ultrasound bagi kedua-dua Payudara (<40 tahun)
- Ultrasound Abdomen dan Pelvis
- Sinar X-ray bahagian Dada
- Ujian Makmal (Wanita)*
- Pasca Konsultasi oleh Pakar Onkologi
Persediaan untuk Saringan Kesihatan Kanser
- Sebelum ujian darah & prosedur ultrasound, anda dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam dari tengah malam sebelum temujanji yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, air kosong dibenarkan.
- Jika anda mengambil ubat kencing manis, sila elakkan mengambilnya sehingga selepas ujian darah. Anda boleh terus mengambil ubat lain yang ditetapkan yang perlu diambil semasa perut kosong.
- Selepas spesimen darah anda telah diambil dan prosedur ultrasound telah siap, sila ke cafeteria untuk menembus baucar makanan.
Perhatian bagi Wanita:
Lumuran Pap
- Jadualkan temujanji selama lebih kurang 10 hari selepas hari terakhir haid anda untuk memastikan.
Sinar X
- Sinar X tidak sesuai untuk wanita yang hamil.
–
Mamogram
- Tiada deodoran bawah ketiak, losen atau bedak pada tubuh.
- Sebaik-baiknya dalam tempoh selepas haid bulanan.
- Hentikan penyusuan susu ibu selama kira-kira enam bulan sebelum ini.
Maklumat Lain:
- Sila bawa bersama kad pengenalan/ passport (bukan warganegara).
- Kami menerima pembayaran secara tunai dan kad kredit (Visa/ Master) sahaja.
- Pakej di atas tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.