Untuk Bahasa Inggris, sila klik/ To switch to English language, kindly click:

Mengapa membuat saringan dengan kami?

Pakej Kesihatan Saringan Kanser Khas Untuk Wanita & Lelaki

Memiliki kesihatan yang baik merupakan satu anugerah kerana berupaya  untuk menikmati kesejahteraan hidup. Sebagai hospital pakar kanser, Hospital Mount Miriam menyedari betapa perlunya untuk memperoleh saringan kesihatan bagi  kanser yang komprehensif, bebas kesulitan dan pada masa yang sama, mampu milik.

Pakej Kesihatan Saringan Kanser:

Pakej Proaktif Wellness Kanser A

(Wanita)

Harga: RM899

  • Prakonsultasi
  • Pasca Konsultasi oleh Pakar Onkologi
  • Pemeriksaan Gejala Penting
  • Mamogram Payu Dara
  • Ultrabunyi Abdomen dan Pelvis
  • X-ray bahagian Dada
  • Ujian Makmal (Wanita)*

Pakej Proaktif Wellness Kanser B

(Wanita Muda)

Harga: RM899

  • Prakonsultasi
  • Pasca Konsultasi oleh Pakar Onkologi
  • Pemeriksaan Gejala Penting
  • Ultrabunyi Payu Dara (Unilateral)
  • Ultrabunyi Abdomen dan Pelvis
  • X-ray bahagian Dada
  • Ujian Makmal (Wanita)*

Pakej Proaktif Wellness Lelaki

Harga: RM899

  • Prakonsultasi
  • Pasca Konsultasi oleh Pakar Onkologi
  • Pemeriksaan Gejala Penting
  • X-ray bahagian Dada
  • Ujian Makmal (Lelaki)*

Ujian makmal yang komprehensif disertakan:

Penambahan Ujian Makmal:

  • EBV VCA IgA (NPC) – RM30
  • ProGRP (Paru-paru) – RM110
  • NSE (Paru-paru) – RM110
  • CYFRA 21-1 (Paru-paru) – RM110
  • Ujian Lumuran Pap (Konventional) – RM78 (Kecemasan: RM92)
  • SurePath – Berdasarkan Cecair Cytology Lumuran Pap – RM126

Jika anda tidak pasti tentang ujian makmal atau perkara yang disyorkan untuk anda tambahkan, semua Pakej Kanser Kesihatan Proaktif Wellness kami menawarkan Prakonsultasi dan Pasca Konsultasi.

Pakar kami akan mengesyorkan kepada anda pakej dan alat tambah yang paling sesuai berdasarkan kesihatan, laporan dan kebimbangan semasa anda.

Persediaan bagi Pemeriksaan Kesihatan

  • Anda dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum temujanji yang dijadualkan bagi ujian darah.
  • Anda boleh minum air kosong sahaja sebelum ujian darah dan prosedur ultrabunyi. Tetapi tidak boleh minum kopi atau susu.
  • Sekiranya anda ialah pesakit kencing manis yang sedang mengambil ubat berkenaan, sila elakkan pengambilan ubat tersebut sehingga selepas ujian darah. Anda boleh mengambil ubat lain yang dibenarkan ambil dalam keadaan perut kosong.

Perhatian bagi Wanita:

Lumuran Pap

  • Tidak sepatutnya sedang mengalami haid bulanan.
  • tentukan tarikh temujanji lebih kurang 10 hari selepas hari terakhir haid bulanan tamat.

Sinar X

  • Sinar X tidak sesuai untuk wanita yang hamil.

Mamogram

  • Jangan menyapu deodoran bawah ketiak, losen atau bedak pada bahagian atas tubuh
  • Sebaik-baiknya dalam tempoh selepas haid bulanan.
  • Sekiranya anda sedang menyusu, anda dinasihatkan berhenti bagi tempoh 6 bulan sebelum mengambil ujian mammogram.

Maklumat Lain:

  • Sila bawa bersama kad pengenalan/ passport (bukan warganegara).
  • Kami menerima pembayaran secara tunai dan kad kredit (Visa/ Master) sahaja.
  • Pakej di atas tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Pakej Proaktif Wellness Kanser boleh diperolehi melalui temu janji. Untuk menempah temu janji, sila menelefon:

04-8923808/ 016-5217054
customerservice@mountmiriam.com