Untuk Bahasa Inggris, sila klik/ To switch to English language, kindly click:

Kini Tele-Konsultasi memudahkan anda mendapatkan penjagaan yang berkualiti dengan segera.

Pesakit barah boleh mendapat khidmat nasihat daripada pakar perubatan kami dalam keadaan selesa di rumah. Pesakit cuma perlu membuat temu janji tele-konsultasi terlebih dahulu. Walaupun tele-konsultasi mempunyai had berbanding dengan rundingan bersemuka, perkhidmatan ini merupakan alternatif tambahan yang memudahkan pesakit susulan.

Selepas temujanji disahkan, anda akan menerima satu pautan untuk berhubung dengan pakar perubatan yang sesuai dengan keperluan perubatan anda. Pautan tersebut akan membawa anda ke satu panggilan sidang video yakni tele-konsultasi akan berlansung. Panggilan sidang video dapat dibuat menerusi telefon pintar atau komputer yang mempunyai rangkaian internet.

Harga: RM 80.00 (Pesakit MMCH) | RM 130.00 (Pesakit Baru)

EMEL UNTUK BERKOMUNIKASI
INFO BAYARAN TERDAHULU

Hal-hal Berkenaan Dengan Tele-Konsultasi

Apakah Tele-Konsultasi?

Tele-Konsultasi menggunakan kemudahan internet dan telefon pintar untuk membolehkan pesakit barah mendapatkan khidmat konsultasi perubatan tanpa hadir secara fizikal ke hospital.

Adakah Tele-Konsultasi sesuai kepada semua pesakit?

Tele-Konsultasi sesuai dalam keadaan berikut:

  • Bagi pesakit susulan yang ingin mendapatkan rawatan kedua atau seterusnya (untuk khidmat nasihat tertentu). Pesakit susulan ini telah mendapatkan khidmat perubatan secara bersemuka dengan pakar perubatan sebelum itu; atau,
  • Bagi pesakit baharu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara umum (tanpa sebarang rujukan terhadap keadaaan kesihatan).

Tele-Konsultasi membekalkan penyelesaian tambahan kepada pesakit susulan tanpa hadir secara fizikal ke hospital.

Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat dan pandangan tambahan, pakar perubatan kami yang bertugas akan meminta satu nashkah digital tentang rekod perubatan anda. Laporan perubatan anda ini adalah untuk tinjauan dan nasihat sama ada Tele-Konsultasi sesuai atau tidak dengan keadaan kesihatan dan perubatan anda. Anda mungkin dikehendaki datang ke hospital untuk khidmat nasihat secara bersemuka dan menjalani pemeriksaan yang selanjutnya.

Adakah persetujuan pesakit diperlukan untuk Tele-Konsultasi?

Persetujuan pesakit diperlukan supaya pesakit sedar tentang risiko kemungkinan, asas Tele-Konsultasi, dan hak-haknya terhadap penggunaan perkhidmatan ini serta pemprosesan data peribadi dan data sensitive. Khidmat Pelanggan kami akan menyediakan borang persetujuan pesakit sebelum temu janji disahkan.

Bagaimana diagnosis dapat dilakukan tanpa sebarang pemerhatian secara fizikal?

Pakar perubatan kami akan memberi nasihat yang sebaik mungkin ketika sesi Tele-Konsultasi berlangsung. Walau bagaimana pun, pakar kami akan memberi nasihat sekiranya anda perlu menjalani ujian dan pemeriksaan yang teliti.

Temu Janji & Process Pembayaran

Bagaimana saya dapat membuat temu janji?

Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan menerusi Whatsapp, emel, atau menelefon +604-8923808/ +6016-5217054 untuk membuat temujanji atau bantuan selanjutnya.

Perkhidmatan pelanggan kami akan membimbing anda sepanjang proses temu janji dan anda dikehendaki mengisi borang persetujuan pesakit. Bagi pesakit baharu, anda dikehendaki hantar rekod perubatan digital. Selepas disahkan, hal-hal teliti tentang temu janji (tarikh & masa) dan pautan ke sidang Tele-Konsultasi akan dihantar ke emel anda.

Bagaimana saya boleh membuat bayaran terdahulu?

Bayaran bagi pesakit MMCH: RM80.00 | Bayaran bagi pesakit baharu: RM130.00

Sebaik sahaja Perkhidmatan Pelanggan kami mengesahkan tarikh dan masa temu janji, anda akan dimaklumkan tentang bayaran dan anda perlu membuat bayaran terdahulu menerusi perbankan atas talian. Yuran tambahan bagi laporan Radiologis ada kemungkinan akan dikenakan.

Sila berhubung dengan Perkhidmatan Pelanggan kami untuk maklumat selanjut tentang bayaran.

Mount Miriam Cancer Hospital – CIMB BANK: 8003831213

(Swift code: CIBBMYKL)

Boleh saya batalkan atau menjadual semula temu janji Tele-Konsultasi?

Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan jika anda ingin membuat pembatalan atau menangguhkan temu janji yang telah ditetapkan. Pembatalan dan penangguhan hanya boleh dibuat dalam jangka masa 24 jam atau lebih dari tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan. Jika permintaan dibuat dalam hari temujanji atau kurang dari 24 jam, sebarang pembayaran tidak akan dikembalikan.

Bayaran balik hanya tertakluk kepada pesakit yang mempunyai bank akaun tempatan di Malaysia.

Jumlah RM30.00 akan dikenakan sebagai kos pentadbiran dan kewangan.

Penangguhan temu janji hanya dibenarkan untuk sekali sahaja, tarikh bagi sebarang temu janji yang ditunda tidak melebihi 7 hari bekerja daripada tarikh temu janji yang ditetapkan.

Info Lain Tentang Tele-Konsultasi

Bagaimana sesi Tele-Konsultasi berlangsung?

Anda akan menerima satu emel pengesahan yang mengandungi pautan Zoom yang unik khas untuk temu janji Tele-Konsultasi anda. Anda dinasihatkan untuk menyertai sidang video dengan klik pada pautan berkenaan sebelum masa yang dijanjikan. Pakar perubatan kami akan melayani anda menerusi panggilan sidang video.

Adakah sesi video diperlukan atau hanya audio sahaja diperlukan?

Tele-Konsultasi perlu dijalankan menerusi sidang video dan audio secara serentak. Peranti (telefon pintar atau komputer) yang digunakan oleh pesakit mesti mempunyai mikrofon dan kamera untuk memastikan suara dan gambar adalah jelas ketika sidang Tele-Konsultasi.

Perlukah saya memuat turun sebarang app untuk meneruskan Tele-Konsultasi?

Anda perlu memuat turun aplikasi Zoom dalam telefon atau komputer.

Dengan hanya klik pada pautan Zoom yang dilampirkan dalam emel pengesahan, anda akan diarahkan ke aplikasi Zoom dan dihubungkan dengan panggilan sidang video.

Anda dinasihatkan untuk klik pautan dan muat turun aplikasi sebelum tarikh temu janji.

Consultation is available by appointment. Kindly contact us for more information:

04-8923808/ 016-5217054
customerservice@mountmiriam.com